About Me

My photo
Tikam Batu, Kedah, Malaysia

Followers

Thursday, November 25, 2010

potret

cute poster "MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN"

Potret mampu mengisahkan 1001 cerita disebaliknya, saat ceria, saat sedih atau mendapat harapan baru. 

dalam train


annaja...sudah tiada

ini  memang edit..hehe...

cover majalah

~festival~

Gambar ini diambil semasa melawat Festival Wow Putrajaya..







ini i-city punya

Wednesday, November 24, 2010

Musim Bunga @ UKM (^_^)

Sempena musim bunga mini yang lalu, pertengahan tahun, banyak pokok2 di UKM yg berbunga lebat tetapi berdaun sedikit. Jadi saya tidak melepaskan peluang merakamkan detik-detik indah ini..

Semarak api


kemboja cina


pebbles


pokok ara



bunga raya






Perpustakaan Tun Seri Lanang

Thursday, November 11, 2010

Animalia Felt Keychain

Setelah lama menyepi, sibuk dengan tesis. Kini saya telah kembali dengan 5 jenis animalia. Bentuk asasnya adalah bulat. Pelbagai jenis lagi akan dijahit.
 Hanya RM3.00. Nantikan..hehe :p

monyet, biri-biri, panda & ikan

singa, katak, harimau, kelawar & beruang

ulat bulu comel, burung, love

rainbow caterpillar

little fellas



Tuesday, November 2, 2010

~Sentuhan Qalbu~

♥♥ Devotees-Kekasih 

(video ini versi filem animasi UP 2009)

video

Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersamamu

Tuesday, October 26, 2010

Harga seorang Ibu…..RM, €, £, ¥,₵???

Assalamualaikum, salam sejahtera, buenos nocas, ohaiyo kepada pelayar-pelayar alam maya ini. Bertemu kita sekali lagi pada hari Selasa 26 Nov. 2010 yang indah ini. Cuaca sungguh indah pagi ini di Kajang, mentari memancar cahayanya menyinari di celah-celah daun mengeringkan embun pagi. Jam 7.30 pagi aku mendengar segmen motivasi di stesen radio IKIM.fm dengan tajuknya MENCARI KEBERKATAN. Kisah ini aku tuliskan semula untuk tatapan anda yang melayari blog ini.
         
   Tajuk ini dihurai dengan panjang lebar oleh penceramah tersebut, tetapi di sini aku akan berkongsi contoh yang diberikannya. Kisah ini tentang sebuah keluarga islam di mana kedua ibu bapa ini dikurniakan seorang cahaya mata yang sedang meningkat dewasa dan menjangkau usia 16 tahun. Si ibu sangat bahagia kerana anaknya seorang yang ringan tulang, sering membantu ibu di dapur, mencuci kereta ayah, membersihkan halaman rumah dan sebagainya.
        
     Pada suatu hari, si anak pulang dari sekolah dan menyerahkan sepucuk surat kepada ibunya. Tanpa berlengah ibu terus membaca isi surat tersebut. Alangkah terkejut dan terkedu si ibu akan isi kandungan surat yang ditulis oleh anaknya. Air mata yang bergenang dalam kelopak mata yang redup mula berlingan deras di pipi sambil terdengar esakan sayu si ibu. Tahukah anda apakah yang telah tercoret pada kertas tersebut sehingga menghiris hati kecil ibu ini?
   

     Kenapa sehingga jadi begini? Dahulu dia seorang anak yang baik dan tidak pernah meminta, hanya mengambil jika ibu mempunyai duit lebih dan memberi kepadanya. Sebenarnya ketika di sekolah dia melihat rakan-rakannya berbelanja dengan mewah, membawa wang saku yang banyak dan membeli pelbagai barang dan makanan. Ditanya kepada salah seorang rakan itu, Di manakah kau mendapat wang saku sebanyak ini setiap hari?. Lalu rakan tadi menjawab, ‘Setiap kerja rumah yang aku lakukan di rumah, aku akan meminta upah dari ibu bapaku’. Maka, si anak ini melakukan perkara yang sama untuk mendapat wang saku yang lebih.
        
      Keesokkannya apabila si anak pulang ke rumah, si ibu memberinya sepucuk surat. Lalu dia membaca di dalam bilik.
         

     Selepas membaca surat tersebut, si anak terus meluru ke dapur dan mendapatkan ibunya. Dikucup tangan ibunya, dipeluk ibunya seerat mungkin sambil dia menangis teresak-esak. ‘Ibu, maafkan along kerana meminta upah atas kerja yang along lakukan. Apa yang along lakukan hanya sebesar zarah berbanding pengorbanan dan kasih sayang ibu pada along. Maafkan along kerana melukakan hati ibu dan membuatkan ibu menangis.’

      Di akhir hujah penceramah ini, beliau menegaskan 4 perkara yang perlu kita jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Renungkanlah bersama.

1. Hubungan dengan Allah s.w.t.    - Jagalah solat
2. Hubungan dengan Rasul s.a.w.   - Ikutlah sunnah beliau
3. Hubungan sesama manusia        - Jagalah lidahmu
4. Keberkatan di dunia dan akhirat  - Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu


Thursday, September 2, 2010

Buah Melaka & Pengutip Derma


      Alhamdulillah., syukur ke hadrat Illahi dgn limpah kurnia dan kasihNya, dapat lagi aku bernafas dengan udaraNya, merasai nikmatNya dan berbahagia dengan ihsanNya. Kita di fasa terakhir bulan Ramadhan iaitu keselamatan.  Di sini aku ingin berkongsi kisah dengan pelawat di alam maya ini. Aku namakan kisah ini, Buah Melaka & Pengutip Derma. Ini kisah benar yang aku alami semasa bulan puasa ini.

       Pagi jumaat yang bening, sekitar jam 8.00 pagi, aku bergegas ke kedai runcit di hujung jalan kira-kira 60m dari rumah aku. Aku tinggal di rumah "burung" di tingkat empat (paling atas), gelaran orang kampung aku kepada rumah flat di KL ini..Heehee.. Ku cepatkan langkah kaki menuruni tangga dan terus ke kedai membeli semua bahan-bahan untuk menyediakan buah melaka. Setiba saja di rumah, tanpa berlengah aku terus menguli adunan. Selepas 2 jam, wallaaa, siap sudah kuih buah melaka.

     Selesai solat asar, aku mula membungkus 5 plastik kuih buah melaka. Kalau di kampung, kita bertukar-tukar juadah dengan tetangga. Memang seronok sebab masak satu jenis masakan, tetapi bila berbuka dapat menikmati dua tiga jenis selain mengeratkan lagi silaturrahim. Oleh kerana aku di negeri orang, aku pun bercadang untuk hantar kuih ini kepada jiran-jiran. Aku tidak mengharapkan balasan, cuma kepuasan sekiranya dapat memberi tetangga juadah yang tidak seberapa dan memakmurkan lagi bulan Ramadhan. Jadi apa kaitan PENGUTIP DERMA dengan kisah ini?

    Bungkusan pertama aku kirimkan kepada teman serumah yang ingin keluar untuk diberikan kepada “Uncle guard” di bawah. Rumah pertama yang aku ketuk adalah rumah keluarga depan rumah aku. Hari sebelumnya, suami akak tu menghantar bubur hitam, jadi aku pulangkan bekasnya berserta buah melaka. Tiga kali aku memberi salam tetapi tiada jawapan. Aku rasa dia ada di rumah kerana aku mendengar suara anak dia. Mungkin tidur. Tidak mengapalah, aku gantungkan saja di pintu besi itu dan berharap dia nampak nanti. Seterusnya rumah sebelah akak, juga tiada jawapan. Rumah sebelah aku, selepas tiga kali salam juga tiada jawapan. Aku pun terus mengetuk pintu besi rumah orang lain yang sama aras dengan rumahku, juga tiada jawapan.
    
     Setiba di sebuah rumah ini, aku mendengar jelas suara penghuninya bercakap dengan telefon, aku pun memberi salam. Mungkin dia tidak dengar atau…aku pun tidak tahu, dia terus bercakap dengan kuat. Selepas salam yang ketiga, dia diam, mungkin dia mendengar salamku, namun pintu masih tidak dibuka. Dengan hampa aku terus ke rumah hujung kerana penghuninya baru pulang, dan aku terus memberi kepada akak, “ni ada kuih sikit kak..”. Aku pun turun ke aras tiga, agak gelap laluannya, sunyi. Lalu aku pun ternampak seorang makcik sedang memasak di dapur dan aku pun terus memberi salam dan mengetuk pintunya. Mungkin dia khusyuk memasak dan tidak hiraukan orang di luar.

      Berbaki lagi dua bungkus, jadi aku hanya makan sendiri di rumah. “…Saya bukan pengutip derma, saya cuma nak bagi kuih…”. Perlukah aku laungkan slogan itu ketika mengetuk rumah orang yang berpenghuni? Mungkin mereka takut nak buka pintu sebab ada "pengutip derma" di luar. 

Sekian sahaja coretan yang panjang lebar ini, aku harap kisah ini tidak menyentuh mana-mana individu. Wassallam.


Thursday, July 1, 2010

~Bendera berkibar di angkasa...~

Bagi saya, bentuk love/hati adalah bentuk yang 'evergreen'. Oleh itu, keychain bendera yang buat dlm bentuk love dan dijual dgn harga RM6.00 sahaja (7cm x 7cm).

Bendera Selangor dan Negeri Sembilan ni ditempah oleh Farok lg..Tq.

Love nur dan bendera pahang ditempah oleh Farouk


ini saya buat khas untuk gantung dlm kereta

Sempena bulan Kemerdekaan, aku menyiapkan bendera comel ini untuk digantungkan dalam kereta dan juga bendera negeri Kedah. Tempat jatuh lagi dikenang. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53 pada 31 Ogos ini... :-)



Sempena DEMAM BOLA SEPAK DUNIA 2010
Dapatkan rantai kunci bendera (8cm x 5cm) hanya RM6.00
Pelbagai negara yang menyertai FIFA, jika anda mahukan bendera negara lain, pun boleh....