About Me

My photo
Tikam Batu, Kedah, Malaysia

Followers

Tuesday, October 26, 2010

Harga seorang Ibu…..RM, €, £, ¥,₵???

Assalamualaikum, salam sejahtera, buenos nocas, ohaiyo kepada pelayar-pelayar alam maya ini. Bertemu kita sekali lagi pada hari Selasa 26 Nov. 2010 yang indah ini. Cuaca sungguh indah pagi ini di Kajang, mentari memancar cahayanya menyinari di celah-celah daun mengeringkan embun pagi. Jam 7.30 pagi aku mendengar segmen motivasi di stesen radio IKIM.fm dengan tajuknya MENCARI KEBERKATAN. Kisah ini aku tuliskan semula untuk tatapan anda yang melayari blog ini.
         
   Tajuk ini dihurai dengan panjang lebar oleh penceramah tersebut, tetapi di sini aku akan berkongsi contoh yang diberikannya. Kisah ini tentang sebuah keluarga islam di mana kedua ibu bapa ini dikurniakan seorang cahaya mata yang sedang meningkat dewasa dan menjangkau usia 16 tahun. Si ibu sangat bahagia kerana anaknya seorang yang ringan tulang, sering membantu ibu di dapur, mencuci kereta ayah, membersihkan halaman rumah dan sebagainya.
        
     Pada suatu hari, si anak pulang dari sekolah dan menyerahkan sepucuk surat kepada ibunya. Tanpa berlengah ibu terus membaca isi surat tersebut. Alangkah terkejut dan terkedu si ibu akan isi kandungan surat yang ditulis oleh anaknya. Air mata yang bergenang dalam kelopak mata yang redup mula berlingan deras di pipi sambil terdengar esakan sayu si ibu. Tahukah anda apakah yang telah tercoret pada kertas tersebut sehingga menghiris hati kecil ibu ini?
   

     Kenapa sehingga jadi begini? Dahulu dia seorang anak yang baik dan tidak pernah meminta, hanya mengambil jika ibu mempunyai duit lebih dan memberi kepadanya. Sebenarnya ketika di sekolah dia melihat rakan-rakannya berbelanja dengan mewah, membawa wang saku yang banyak dan membeli pelbagai barang dan makanan. Ditanya kepada salah seorang rakan itu, Di manakah kau mendapat wang saku sebanyak ini setiap hari?. Lalu rakan tadi menjawab, ‘Setiap kerja rumah yang aku lakukan di rumah, aku akan meminta upah dari ibu bapaku’. Maka, si anak ini melakukan perkara yang sama untuk mendapat wang saku yang lebih.
        
      Keesokkannya apabila si anak pulang ke rumah, si ibu memberinya sepucuk surat. Lalu dia membaca di dalam bilik.
         

     Selepas membaca surat tersebut, si anak terus meluru ke dapur dan mendapatkan ibunya. Dikucup tangan ibunya, dipeluk ibunya seerat mungkin sambil dia menangis teresak-esak. ‘Ibu, maafkan along kerana meminta upah atas kerja yang along lakukan. Apa yang along lakukan hanya sebesar zarah berbanding pengorbanan dan kasih sayang ibu pada along. Maafkan along kerana melukakan hati ibu dan membuatkan ibu menangis.’

      Di akhir hujah penceramah ini, beliau menegaskan 4 perkara yang perlu kita jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Renungkanlah bersama.

1. Hubungan dengan Allah s.w.t.    - Jagalah solat
2. Hubungan dengan Rasul s.a.w.   - Ikutlah sunnah beliau
3. Hubungan sesama manusia        - Jagalah lidahmu
4. Keberkatan di dunia dan akhirat  - Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen ada di sini: