About Me

My photo
Tikam Batu, Kedah, Malaysia

Followers

Sunday, March 27, 2011

Selera Hujung Minggu

Kepada semua pengunjung blog ini, jika berkesempatan silalah mencuba... jom2 kongsi resepi. 

Gulai Ikan Kering dan Nenas




Bahan-bahan :

Santan secukupnya (sebiji nyok yg dikupas dan dikukur sendiri..hehe)
Ikan kering (saya beli ikan kering spesies ikan duri..sedap rasanya)
Sebiji nenas morib (kecil saja..yg masak manis)
Bawang kecil 
Bawang putih
Daun kari
Serbuk kari Babas 2 sudu (dibancuh)
Air asam jawa secukupnya
Garam secukupnya

Cara memasak :

Tumis bawang dan daun kari sehingga garing.
Masukkan bancuhan serbuk kari, masak sehingga pecah minyak.
Masukkan ikan kering dan santan.
Tambahkan air asam jawa dan sedikit garam (jangan banyak sebab dah guna ikan kering yg masin).
Bila sudah mendidih, masukkan nenas.
Sentiasa kacau untuk elakkan gulai jadi kepala santan.
Bila ikan sudah lembut dan santan masak, gulai pn sudah masak.

Kobis Goreng Tok Su


Bahan-bahan :

1/4 kobis Cameron
Ikan bilis
Bawang kecil
Bawang putih

Cara memasak :

Tumis bawang dan ikan bilis sehingga garing.
Masukkan kobis, serbuk kunyit dan sedikit garam.
Masak 5 minit dan siap.

Air Asam Tomato


Bahan-bahan :

Tomato dihiris nipis
Bawang kecil dihiris nipis
Cabai melaka dan cabai idup dihiris halus
Belacan dan garam secukupnya
Air limau nipis
Air kosong

Cara memasak :

Satukan semua bahan dan gaul sebati.
Pastikan secukup rasa... Dah siap!!









Friday, January 28, 2011

Love

f

Love keychain berasaskan icon yg comel. Dari kiri: twitter, yahoo dan facebook. Tapi bt masa sekarang  kain felt biru tua telah habis, so pesanan ditukar kepada pink..

Wednesday, January 12, 2011

.M.y..S.k.e.T.c.h.

Selain menjahit, saya juga mengisi masa lapang dengan melukis. Lakaran di bawah adalah hasil yang telah siap sehingga kini. Enjoy!!!

Ikan cermin

Ikan kapas

Bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis)

Ikan kekek (pony fish)

Kupu-kupu dan pokok mengkudu

Bunga mawar

Sawah dan gunung jerai

Taman Metropolitan Kepong